Saturday, January 31, 2009

KEMBALI KE PANGKAL JALAN SEBELUM DITELAN GELOMBANG PERUBAHAN

Jadikanlah UMNO dan BN ini seperti laut yang tak penuh dek sarap. Bawalah ketepi dan biarkan terdampar segala keburukan perangai dan kerakusan segelintir manusia yang semakin bersikap tamak dan mahukan kuasa demi untuk kepentingan peribadi.

Amat menyedihkan apabila kekuatan UMNO dan BN yang suatu ketika dahulu tidak pernah goyah telah mula dicalar balarkan dengan sikap ahlinya sendiri yang saling menuding jari dan menidakkan kebenaran.

Malah amat menyeksakan lagi apabila retak yang sudah mula nampak di dalam UMNO dan BN akan menjadi belah jika keseluruhan kepimpinan dan ahli-ahlinya tidak mahu bersatu hati untuk menjernihkan kembali kekerohan yang berlaku.

Salahkanlah diri sendiri jika UMNO dan BN semakin tidak mendapat tempat dihati rakyat kerana sikap yang tidak pernah mahu berubah. Malah semakin nak menunjukkan kehebatan masing-masing sehingga lupa rakyat sekeliling semakin mual dengan sekelompok mereka yang ada kepentingan peribadi mengejar kedudukan dalam politik untuk mendapat kuasa.

Apabila memasuki politik,
Jika ada di kalangan mereka yang mempunyai agenda peribadi…
Sudah-sudahlah tu untuk mengejar kekayaan
Sudah-sudahlah tu menggenggam harapan
untuk mudah mendapat projek
Sudah-sudahlah tu mahu senang menjadi kaya
Hanya cuma
Mengharapkan yang pipih datang melayang
Dan Yang bulat datang bergolek

Coweng percaya, masyarakat keseluruhannya, walaupun ahli parti sendiri sudah lama memandang dari jauh, walaupun kabur tapi nampak jelas. Perjuangan kini tidak seperti di zaman generasi terdahulu yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya. Tidak ada kepentingan peribadi. Tidak terpesong kesetiaan mereka walaupun ditabur wang ringgit. Yang penting dalam perjuangan mereka adalah untuk melihat anak cucu mereka nanti tidak merempat di bumi sendiri. Terbela nasib mereka, hidup aman bahagia di bumi tanah tumpah darah.

Alangkah daifnya perjuangan segelintir anak bangsa kini yang tidak lagi menjadikan perjuangan lalu sebagai pedoman kejalan yang menuju kebenaran.

3 comments:

gotahlantun said...

UMNO perlu mencari dan kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan dan menjadi payung bagi rakyat.

COWENG ANAK PILAH said...

Mahukah keseluruhan barisan kepimpinan UMNO berbuat sedemikian? Sesungguhnya, rakyat menanti-nantikan khidmat sedemikian.
Cara bagaimana nak mulakan gerakan ini wahai gotahlantun. Amat payah sebenarnya yang menyedarkan mereka yang sudah terlalu leka, selagi mereka belum melihat dengan mata kepala sendiri satu keruntuhan dan kehancuran. Sesal dulu pendapatan dan sesal kemudian sudah tiada gunanya.

gotahlantun said...

SALAM,

LAGI PENGHINAAN KEATAS NABI..
JEMPUT KE BLOG EDEN..
http://gotahlantun.blogspot.com/