Saturday, November 8, 2008
PILIHLAH NAKHODA YANG BIJAK MENGEMUDI BAHTERA
Senario politik masa kini turut menjangkiti gejala sikap `orang yang ada kepentingan diri nak bunuh karier politik orang yang berkredibal dan berwibawa’.
Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar coweng yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.
Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.
Apakah makna perjuangan itu sebenarnya? Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?
Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.
Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.
Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?
Oleh itu, masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO kembali sedar dalam kelekaan dan terpengaruh dengan simbolik perjuangan mereka yang ada kepentingan diri sendiri.
Jangan nanti kita hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak. Ditakuti nanti kuman yang dipanggil itu tanpa kita sedar, akan sedikit demi sedikit memamah diri sendiri.
Jika di antara kita sudah dapat melihat ada di kalangan pemimpin yang elok budi pekertinya, mulia akhlaknya dan bijak akalnya, pertahankanlah dengan semangat yang kental tanpa mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang suka menghasut, memecahbelahkan dan memburuk-burukkan sesama manusia. Jangan nanti kita jadi `yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran’. Yang berciciran belum pasti kita dapat menghimpunkannya semula menjadi seperti asal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
coweng ! dah parah bona coweng, umno memang nazak sobab kek ahli yang betopeng, sobab tuh, umno pilah caca marba, kau tengok jo (tak kan nak tengok tang jauh jo, mARI dokek sikit, pemilihan tu ari, kok tak do duit jangan cakap laa, aji mail tu kan main wayang olok-olok doh, naik dio kek pilah pun beghatuh ghibu duit abih. sumo eh cam tuh, tak cam maghin laie, hancusssss peninggalan oghang tua kito, sumuo ehh cam tuh asan mb pun samoooo, budak kontrak kok nak projek kono jumpo abang ehh dulu, tak kan kau tak tauuu??
Poit,
Den ni sebenarnya daif sikit dalam politik, tapi den sukolah memerhati, mendengar dan dalam orang tak sedar menghampiri jika berkesempatan. Dari apo yang coweng boleh ulas sikit, UMNO pilah masih boleh ditarik mereka2 yang berjalan keluar dari barisan. Sobabnyo, bila lihat kemenangan YB. Dato' Roslan, coweng rasa ada sikit kebijaksanaan ahli kerana tidak seratus peratus dirabunkan mata dengan wang ringgit. Ya tak? Setahu coweng, Dato' Roslan susah sikit nak kuar duit berbanding dengan pencabarnya. Itu agak2 coweng ajolah..boto ke tidak, poit lagi tahu agaknyo..
Pasal Dato' Mail lak, coweng harap dia ambil pandanglah dari komen poit ni..harap2 dia perbetulkan kepincangan lalu kalau mahu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan peringkat akar umbi. Sekarang punya masa setiap pandangan perlu diambil tindakan serius, kalau buat sambil lewa aje, nampaknya melopehlah peluang akan datang.
Lagi satu poit, den nak kongsi sikit pandangan ko mengenai MB ni. Den bukanlah nak menyebelahi sesapo, tapi den tengok kepimpinan dia mcm puzzle. Berusaha untuk susun semula yang sempang pegenang dulu. Kalau nak minta projek bukan boleh sonang-sonang dgn bawa sorang mat salleh, boleh lulus projek. Dia begitu berhati-hati. Pasal ko kata jumpo abang ehh dulu sebelum dapat projek, den agak keliru sikit...adakah itu arahan sendiri dari abang dia suruh budak tu jumpo dia ataupun dengar dari pandangan orang lain suruh jumpa abang dia. Yang budak2 tu pun satu, kalau projek tu atas usaha sendiri dan berpotensi, beranikanlah diri jumpa MB. Bersedia dengan jawapannya samada berjaya atau gagal. Kalau gagal sekali, tidak semestinya gagal untuk cubaan seterusnya.
Post a Comment