Monday, November 10, 2008

JANGAN DICABAR KEWIBAWAAN MOHAMAD HASAN


DST Adnan tidak boleh membuat tuduhan melulu bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri dan UMNO Bahagian Seremban saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Kenyataan ini seolah-olah telah mencorengkan arang ke muka DSU Mohamad Hasan yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang selama ini begitu banyak bersabar dengan kerenah Ketua UMNO Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail.

Rasionalnya di sini, `rambut sama hitam, tapi hati lain-lain’. Begitulah hakikatnya yang dialami oleh keseluruhan peringkat kepimpinan. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sesuatu yang mustahil. Pasti ada ketidakpuasan di hati masing-masing.

Makanya, terjadilah perbalahan dan hasut menghasut semata-mata mahu mendapatkan sokongan demi mencapai hasrat untuk saling jatuh menjatuhkan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh DST Adnan seolah-olah mendengar sebelah pihak. Ibarat menjatuhkan hukuman sebelum mengadili dengan lebih terperinci.

Seharusnya, DST Adnan, mengambil kira perasaan orang lain sebelum mengeluarkan kata-kata. Apatah lagi kemelut yang berlaku mungkin berpunca daripada `penyakit hati’ yang begitu lama bersarang dan terbawa-bawa kepada tindakan drastik untuk mencapai matlamat yang tidak menghalalkan cara.

Selaku seseorang yang terkecuali, DST Adnan tidak boleh secara sinis mencabar kewibawaan Mohamad Hasan dalam mengeluarkan kenyataan kepada pihak media.

15 comments:

poit said...

itu laa kojo ehh oghan umno ni sekarang, temasuklah mat asan tuh, anan mansor pun samo jo, sumuo eh samo belako. macam barah dah, potong jo atau tunggu mati jo. kek kau coweng carilah jalan bona. tak ado jalan bona dalam umno doh

COWENG ANAK PILAH said...

He...he...ko poit, apo beremosi bona tu...Bawa2 bersabar poit...

Berita dari gunung said...

Kenyataan Tengku Adnan tidaklah sekasar mana.

Sebenarnya kewibawaan Mohamad Hasan sudah tercemar apabila rakyat Rembau menurunkan majoriti BN untuk Parlimen Rembau.

Kewibawaan Mohamad juga dipertikai kerana menghantar Mohd Nor Awang sebagai maskot untuk Ampangan. Semua rakyat Negeri Sembilan tahu siapa M. Nor Awang dalam konteks kepimpinan dan kemampuan.

Disitulah orang faham bahawa Mohamad takut bersilat sebenarnya kerana beliau mengelak dari makan setalam dengan Ishak Ismail dan zakaria nordin....

Itulah bezanya Mohamad Hasan dan Isa Samad.

COWENG ANAK PILAH said...

Jari yang lima tidak samo. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Yang penting kalau nak menilai seseorang adalah keberkesanannya. Pilihanraya 2004 adalah Tsunami politik yang melanda seluruh negara. Tetapi sekurang-kurangnnya Tsunami itu berhenti di Negeri Sembilan, walaupun baru empat tahun kepimpinan DSU Mohamad Hasan. Kalau nak banding pokok yang sudah 22 tahun dengan pokok empat tahun mana nak samo.

poit said...

x to bezo antara isa mo asan, samo jo, cuma muka jo lain, isa dah la perasuah bosa, sapo tak kona dia ngan abang Gan eh tu. sumo pepuro joh, demi kepentingan melayu lah itu lah ini lah, abuk pun tarak,

GUA64 said...

UMNO kini telah di latih dan didik dan di ternak. Waktu masa makan, maka di taburlah nasi2 lebihan di campur sebutir 2 jagong2 dan dedak. Agak2 sampai waktu untuk di korban, maka di kurunglah dan di sembelih. Telah hilang jati diri dan tergadai maruah diri dek kerana keinginan berebut2 taik2 yg semakin banyak langau2 berkerumun. Perjuangan ugama dan bangsa, hanyalah retorik melekakan gurindam Melayu yg sering terlena buian tidur. Apa ada pada nama, kalau coweng sendiri melihat sepak terajang UMNO dlm menempatkan diri konon sebagai pemimpin. Parti adalah siasah untuk berjuang. Umno semakin jauh dari dasar membela. Ayoh.. tanya diri dan hati secara jujur. UMNO bukan untuk coweng.

poit said...

gua sokong gua64, apaaahh rah ini umno, sana gaduh-sini gaduh, apa mau gaduh, tentu rebut itu harta, wowww itu harta tentu maaanyakk. cuba harta tak rak, sapapun tatak peduli, hantu punya olang.suma tipuuuuuu

mamah said...

UMNOOO???
Jom tengok ajk:-
mizan : Kontraktor
cikgu sharom : cikgu n beniago
cikgu shaha talang : cikgu
kame : toke gotah
jimi : beniago/kontraktor
ame selebet : kontraktor
ame cair : lontraktor
abu samah : ontah
shamsul : kontraktor
dibong : kontraktor
mail baliar : kontraktor
zul : ontah
tajudin : ontah
dahlan : kontraktor
hj. md radhi : risda
shaha johol : cikgu/beniago
osman : ontah

KONTRAKTOR gamai, jawab nyo jual kan sajo UMNO pilah tu!!!

PR Juasseh/Jemapoh said...

Umno Semakin Hari Semakin Buruk



BURUK dan busuknya Umnoku oh... bukan Umnomu! Umno yang mengakhiri persidangan peringkat bahagian hari ini meninggalkan beberapa tragedi dan peristiwa yang bukan saja busuk tetapi menakutkan. Segala macam keburukan, kejahatan dan kedurjaan nampaknya bersarang dalam Umno.

Sudah ada juga tanda-tanda bukan saja budaya samseng ala gedebe Kampung Dusun, tetapi budaya Tamil Elan juga ada.


Berbagai kejadian tidak elok dilaporkan berlaku di sepanjang mesyuarat
bahagian Umno sejak sebulan lalu. Apa yang berlaku menunjukkan perkembangan tidak sihat sedang melanda parti orang Melayu itu. Empat bahagian ditangguhkan dan tidak dapat menyelesaikan mesyuarat mereka seperti mana dijadualkan. Kegagalan itu menjelaskan betapa Umno sedang berhadapan dengan masalah moral ataupun pentadbiran yang meruncing.

Empat bahagian itu dua di Kelantan masing-masing satu Perak dan satu di Negeri Sembilan.

Dua bahagian di Kelantan ialah Tanah Merah dan Pengkalan Chepa. Keduanya patut mengadakan persidangan semalam, namun ditangguhkan atas nasihat Ibu Pejabat Umno setelah merujuk kepada perundangan. Mesyuarat Umno bahagian Tanah Merah ditangguh ekoran bantahan ahli kepada ibu pejabat parti belum diputuskan.

Satu lagi bahagian ialah Pengkalan Chepa. Mesyuarat bahagian itu ditangguh atas arahan sepucuk surat dari ibu pejabat yang meminta agar semua cawangan dalam bahagian itu diadakan semula.

Satu bahagian di Perak di tangguhkan adalah di Larut. Masalahnya kerana pertikaian berlaku antara ketua bahagian itu Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dengan calon ketua, Hamzah Zainuddin. Hamzah dikatakan tidak berhak bertanding kerana beliau baru menjadi ahli Umno bahagian berkenaan. Kerana pertikaikan itu Raja Ahmad meminta agak mesyuarat ditangguhkan.

Manakala bahagian Seremban, Negeri Sembilan pula ditangguhkan, lagi teruk, apabila mesyuarat itu menajdi kecoh dan sampai baling kerusi. Dua ahli perwakilan dilaporkan mengalami cedera parah. Apa yang berlaku di Seremban hari ini adalah klimaks 'kemabukan kuasa' dalam Umno.

Jika diperhatikan apa yang berlaku dalam mesyuarat bahagian itu menunjukkan Umno berada dalam keadaan membimbangkan. Politik buruk, tidak bermoral yang sebelum ini berlaku dalam parti MIC, kini sudah diambil tempat pula oleh Umno.

Kenapa berlaku tragedi demikian? Apakah puncanya? Apakah yang menjadi ahli tidak berpuas hati dan terpaksa menggunakan kaedah atau mekanisme yang boleh mencemarkan maruah dan martabat orang Melayu? Kalau Onn Jaafar dan Tuanku Abdul Rahman masih hidup tentu mereka akan menangis melihat nasib dialami Umno kini.

Apakah kerana nilai atau pun pengagihan wang rasuah bagi menyokong calon tertentu tidak adil! Seperti mana diketahui umum masalah rasuah dalam Umno menjadi-jadi. Rasuah sudah menjadi budaya. Ahli sudah ada mindset, bahawa mereka hadir mesyuarat wajib diupah... dan menjadikan kehadiran itu sebagai sumber rezeki instant.

Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi ketika memberi pandangan berhubung kejadian di Seremban itu mengatakan ia satu kejadian yang memalukan. Siapa yang malu?
Memang memalukan. Umno sebagai parti tulang belakang dalam BN sepatutnya terhindar daripada terlibat dengan kejadian-kejadian memalukan itu. Dengan apa yang berlaku ia boleh menyebabkan parti komponen akan hilang penghormatan kepada Umno.

Jangan kesal dan salahkan orang kalau satu masa nanti MCA atau Gerakan atau MIC atau rakan dalam BN akan mempersoalkan wibawa Umno? Mereka akan hilang kepercayaan dan penghormatan kepada Umno. Dan jangan terkejut kalau mereka rama-ramai mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno bersendirian. Tidak mustahil.

Mungkin sebelum sampai ke perhimpunan agung Mac depan lagi banyak laporan kejadian tidak diingini dikemukakan. Menurut pihak Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudden Ismail pihaknya menerima 900 aduan berhubung salah laku disepanjang mesyuarat bahagian. Ini satu kes teruk.

Jumlah itu bukan sesuatu yang kecil. Ia angka yang menggerunkan dan perlu diberikan perhatian segera oleh seluruh ahli Umno. Sudah pasti angka aduan itu akan bertambah dari hari kesehari.

Melihat kepada masalah yang berlaku dalam persidangan peringkat bahagian yang penuh dengan masalah, kelam kabut, pertikaian dan bantah membantah itu apakah berkemungkinan persidangan Umno untuk semua bahagian akan dibatalkan dan diadakan semula?

Segalanya bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin yang akan membuat kajian dan penilaian. Kalau ianya dibatalkan maka sekali lagi Umno mencatat satu lagi sejarah hitam dalam usianya sesudah 62 tahun. Tidak mustahil semua ini, tidak mustahil!
UMNO bukan lagi parti yg mencana pencambahan ilmu. Yg tinggal hanya ahli2 seperti yg coweng lihat. Bijak pandai tiada ruang untuk menabur khidmat. Ucapkan Selamat tinggal UMNO!!!!!

Berita dari gunung said...

Kalau ada orang Melayu kaya dan senang hidupnya, kita tumpang rasa syukur.

Bangsa Melayu boleh bangun tinggi bermula dengan berpuluh yang kaya dan senang. Nanti akan ada tempias sana sini, akan ada chain reaction.

Yang tinggal di Paroi Jaya, walaupun sukar dan enggan, wajar juga terima hakikat, segalanya bermula dengan positive affirmative action bikinan UMNO.

Memang, bila kita selesa dengan hidup, kita menambat diri dengan kata-kata "Rezeki dari Tuhan". Itu tidaklah salah.

Mungkin sekali sekala wajar kita selak tabir yang menyelubungi hidup, azam dan kekuatan bangsa.

Terima kasih.

umnoparoijaya said...

Salam hormat...well...i guess memang berita yang dibawa dari gunung memang orang yang memandang dari atas gunung atau memang tiada pergaulan di akar umbi dimana isu yang diperkatakan. Sekadar main hentam kromo berita yang dipungut dari jalanan serta alam cyber yang belum pasti akan kesahihan atau pun yang paling tepat...or baru setahun jagung mengenali dunia politik UMNO Negeri Sembilan khususnya.

Pada awalnya saya tak berminat nak mengulas apa yang ditulis tapi bila menyentuh mereka yang tinggal di paroi jaya @cawangan dimana saya sbg ketua cawangan disebut dalam komen. Tentang komen tgku adnan, memang atas dasar kurang bermaklumat atau sama seperti "pembawa berita" dari gunung, samada mendengar sebelah pihak atau berita di pasaran cyber dan kedai kopi. Dalam menceritakan tentang penurunan majoriti undi di Parlimen Rembau....adakah orang gunung membuat perbezaan dari seluruh DUN serta PARLIMEN dalam Negeri Sembilan cukuplah( kalau ada masa terlalu banyak...semua DUN dan PARLIMEN mereka yang berjawatan Menteri dan Menteri Besar seluruh Malaysia) then sila beri outcome differences dan tulislah dalam blog dari gunung or possible hantar ke UMNO Paroi Jaya or mana yang u suka bagi membuat perbandingan kesan kemorosotan pengundian. Apakah kerana Tok Mat sahaja atau memang aura kekuatan Tok Mat yang membantu memenangkan Parlimen dan DUN2 didalam Rembau????

Tahukah semua yang mana DUN LENGGENG yang dahulunya selama 3 penggal dipegang oleh ishak ismail mendapat peratusan tertinggi keluar mengundi dalam sejarah 4 kali pilihanraya dan sejarah ini berlaku ketika beliau bukan calon yang dipilih dan Jwtnkuasa disiplin mensabitkan pula kesalahan beliau dalam mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu dan telah diberi amaran keras(bukanlah tuduhan serta fitnah ttp keputusan yang diketahui umum seluruh Malaysia)...????? Peti undi Pantai KALAH padahal tempat KUBU KUAT dia dan orang2nya selama ini(rujuklah keputusan laporan SPR utk kesahihan).

Seluruh 4 DUN kalah kecuali LENGGENG...kenapa??? Saudara dari gunung mungkin boleh memberi jawapan rasanya kerana banyak maklumat yang diterima...tapi saya akan memantau jika ada masa bagi membetulkan apa yang ditulis kerana dalam kehidupan yang sementara ini...jgnlah kita menambah dosa kering serta memporak perandakan bangsa dengan cerita2 yang tak benar kerana akibatnya akan merosakkan anak bangsa serta perpaduan sesama kita yang sebangsa dan seAgama.

Semua rakyat N.Sembilan tahu kewibaan Md Nur Awang dakwa orang gunung???? Actually beliau bukanlah maskot seperti yang didakwa...orangnya lurus serta baik hati dan mudah dihampiri serta pemurah sejak dari dahulu lagi...bukan hanya sekarang. Ada access mana2, paling tidak lihatlah sejarah dan rekod orang yag melaporkan/menerima so called rasuah politik dari md nur dan akan tahu siapakah jenis manusianya sebagai panduan dalam membuat tuduhan. Apa pun saya tak mahu membicarakan tentang kes beliau@md nur keran biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Sekurang2nya md nur adalah wakil@ alternatif/medium suara2 akar umbi yang terlalu lama inginkan perubahan dalam UMNO bahagian Seremban ini. Kalau tidak masakan ishak ismail memilih/mencadang/menyokong beliau dari bermula dari jawatan ketua pemuda seremban dahulu hinggakan ke naib ketua bahagian yang terkini....dia lebih tahu kewibawaan md nur rasanya berbanding seluruh Negeri Sembilan ya tak????

Takut "bersilat" dengan ishak ismail dan zakaria nordin...bukan taraf mereka untuk "bersilat" dengan Dato Mohammad Hassan KHUSUSNYA zakaria nordin dalam membangunkan anak bangsa serta menyelesaikan banyak perkara yang tertunggak dari sekadar berjanji dan menipu anak bangsa selamanya dan hanya pandai menuding jari dan menyalahkan orang lain semata2 bagi menutup kelemahan diri sendiri. Banyak bezanya antara Dato Mohammad Hassan dan Tan Sri Isa dan tak perlulah kita mempolemikkan serta bercerita kisah yang telah lalu kerana masing2 ada cara serta gaya kepimpinan tersendiri serta jasa2 pada Negeri Sembilan. Berilah ruang pada Dato Mohammad Hassan yang baru masuk 4 tahun mentadbir NS berbanding Tan Sri Isa dan kurangkanlah fitnah serta tohmahan yang tiada berasas.

Dalam membuat perbandingan yang berilmiah...let us do the comparisn an apple with an apple dan bukannya dengan limau. Just FYI...saya sedia maklum apa yang brlaku dalam pentadbiran ketika Tan Sri Isa di bahagian Teluk Kemang serta ishak ismail di Seremban. Ada keraguan serta kemusykilan...blog UMNO Taman Paroi Jaya akan saya susulkan jawapan. Salam perjuangan pada semua semuga kita akan bertaut semula dalam memperkasakan perpaduan sesama Agama dan bangsa.....salam.

Ketua UMNO Taman Paroi Jaya

COWENG ANAK PILAH said...

Terima kasihlah Ketua UMNO Taman Paroi Jaya, mengulas panjang segala komen. Setidak-tidaknya semua dapat berkongsi idea bersama.

Berita dari gunung said...

Sdr Ketua Umno Paroi Jaya,

Terima kasih kerana mengulas dengan panjang lebar. Hak saya atas Ampangan hanya sekadar seorang pengundi, sebagaimana beribu yang lain, beratur dalam barisan yang panjang.

Perjuangan dalam Umno bukan macam komoditi untuk jual beli. Tetapi kerangka kepimpinan dalam Umno sediakan ruang untuk orang bertanding.

Akan ada yang kekal dan akan ada yang terkeluar. Namun ada juga yang sedia berjaya tetapi tersisih. Mungkin tidak wajar untuk kita merungut-rungut tentang hal itu, kerana perjuangan harus kedepan.

Kerana pilihanraya membawa perspektif dan persepsi yang tidak semestinya berpaksikan bukti dan data yang konkrit, wajar pemimpin peka tentang apa yang memberi dan menjana persepsi yang negatif itu.

Saya harap kopi, di kedai hujung berhampiran pasar ampangan sesedap dulu.

Kalau ada butir yang salah dan menyentuh rasa, harap maaf.

Terima kasih.

umnoparoijaya said...

Salam....bukan merungut tapi sekadar menyatakan kebenaran dari sudut dalaman yang berlaku dalam pergolakan parti UMNO yang sebenar. Tak usahlah diambil hati tentang penjelasan saya cuma dalam kehidupan yang sementara ini memang telah menjadi kelaziman mengikut kebiasaan hukum alam.. yang pahit itu biasanya merupakan ubat dan yang manis itu biasanya memudarat. Perjuangan yang bersandar kepada persepsi atau anggapan semata dan bukannya fakta akan membawa kearah penambahan banyak permasalahan serta fitnah serta tohmahan dan seharusnya sebagai generasi muda harus kita mengubah cara minda kita berfikir kearah yang lebih telus serta positif demi untuk kesejahteraan semua. Salam....:)

Azizahns said...

kito ni janganlah mudah berprasangka... dan jangan lah jadi batu api... janganlah biarkan kekurangan yang secoit tu menutupi kelebihan yang sobosar alam. den goma ngan tok mat tu. dia sonyum sojuk hati den.