Monday, October 20, 2008

APABILA MOHAMAD HASAN MENANGIS



Terkedu coweng apabila melihat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menitiskan airmata apabila berucap semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Rembau.

Lebih terusik lagi hati, apabila tangisan itu menyekat seketika perakhir bicaranya apabila memperkatakan tentang bangsa Melayu dan agama Islam yang dihina.

Pada firasat cowenglah, kalau sudah sampai ke tahap ini, lontaran suara Mohamad Hasan kepada ahli-ahli UMNO, rasanya beliau memang benar-benar mahu keseluruhan ahli-ahli UMNO bangkit dari terus dibuai mimpi bahawa `banjir sudah hampir menenggelamkan diri’. Jangan terus bersengketa sesama sendiri, tetapi perjuangkan nasib bangsa, agama dan negara dengan tekad Melayu tak akan hilang di dunia dan tidak sesekali maruah bangsa tergadai di bumi sendiri.

Apabila diingatkan kembali satu demi satu kata-kata yang diucapkan oleh Mohamad Hasan, terlalu banyak kebenarannya dan tidak mustahil jika kita terus leka, akan musnah dan ranaplah Bahtera Merdeka yang selama ini memperjuangkan nasib Melayu. Akan terkuburlah segala harapan pejuang-pejuang bangsa yang mahukan kelangsungan perjuangan mereka digalas dengan penuh rasa tanggungjawab dan dipikul dengan sifat amanah yang akan beralih ganti dari satu generasi ke satu genarasi.

Dalam senario politik masa kini, tidak salah rasanya kalau saya menyatakan agenda peribadi telah menjadi kegilaan sebahagian ahli-ahli politik sehingga terlupa matlamat sebenar perjuangan. Makanya, mulalah mencari populariti dengan memecahbelahkan orang semata-mata untuk mencari sokongan. Saling mahu jatuh menjatuhkan hanya kerana mahu memenuhi kepuasan hati. Sehinggakan terlupa qada dan qadar Allah pada diri setiap manusia itu. Seakan mahu melawan takdir. Sudahnya yang rugi nanti adalah bangsa sendiri, yang sengsara nanti adalah anak cucu yang belum mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Jadilah nanti bumi ini, padang jarak padang terkukur angkara tangan-tangan khianat yang telah menyongsangkan perjuang-perjuang terdahulu.

Seperti kata-kata Mohamad Hasan:

“Jangan terlampau penuhkan agenda perjuangan ini dengan agenda peribadi. Penuhkan, isikan, suburkan dengan berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama kita. Sapa-sapa boleh menjawat jawatan. Ahli-ahli UMNO boleh menilai. Buat kerja, kalau kita buat kerja orang boleh menilai kemampuan kita. Ini asyik nak menuduh sana menuduh sini, menuding sana menuding sini, buat apa.?”

Mohamad Hasan turut menyeru agar ahli-ahli UMNO perlu sama-sama kuatkan uqwah dan perpaduan, kerana yang penting adalah perjuangan kita.


Menurutnya, ahli-ahli UMNO jangan menganggap dengan keahlian seramai lebih 3.4 juta, Umno tidak boleh tersungkur jika di antara kita masih bertelagah sesama sendiri.

Beliau begitu kesal kerana orang Melayu dihina dan beliau tidak nampak cara lain selain daripada sokongan orang Melayu tanpa mengira latar belakang yang mesti bangun dan berunding. Jika tidak, kita akan tenggelam dan berdagang di negeri sendiri. Kita akan menjadi orang asing dan tergadai di negeri sendiri.

Beliau meminta supaya ahli-ahli UMNO menyambung perjuangan ini elok-elok, kerana baginya tiada parti lain selain daripada UMNO yang boleh memimpin orang Melayu.

Keluhannya juga turut meluahkan rasa amat dukacita kerana ramai pemimpin Melayu yang mengiakan segala tuduhan dan fitnah terhadap orang Melayu sendiri.

Beliau begitu marah orang yang cuba hendak mengganggu gugat dan mempersoalkan kewibawaan orang Melayu. Begitu juga kepada orang yang cuba nak memijak agama Islam.

Beliau tidak sanggup melihat bangsa sendiri digadai. Jelasnya, ramai pemimpin yang sudah tidak sedar diri lagi, pemimpin yang nak berebut jawatan, pemimpin yang tak pedulikan orang Melayu dan pemimpin yang tak pedulikan agama Islam.

“Biarlah saya menangis dan saya akan mengundur diri kalau ramai yang nak menikam daripada belakang pemimpin-pemimpin yang hendak berjuang. Buatlah, ambillah, kerana bagi saya bukan ada segunung emas dan sedulang intan yang nak saya rebutkan. Saya nak perjuangkan orang Melayu, saya akan terus berjuang InsyaAllah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli UMNO dengan menyatakan “Kalau nak jadi pemimpin, duduknya meraut ranjau dan berdirinya memandang jarak”.

Oleh itu nasihatnya kepada ahli-ahli UMNO supaya jangan terlalu taksub dengan memandang dekat, nak gadaikan maruah kita kerana tak puas hati. Inilah masa kita belajar berjuang.

Katanya lagi, berjuang ini bukan sesuatu yang indah, tetapi penuh pengorbanan. Belajarlah bejuang, sebab kita pasca merdeka yang tidak tahu erti susah. Tahu-tahu sudah ada semua.

10 comments:

LensaPR said...

kalau adik beradik dia aja yang kontrol projek, bejuang bangsa ke

COWENG ANAK PILAH said...

Perjuangan itu sebenarnya indah, tetapi dikotorkan oleh sifat busuk hati, tidak puas hati dan saling iri hati. Pada coweng, kalau ada sifat sebegini di dalam hati setiap manusia, maka meruntunlah nasib bangsa sendiri.
Hidup ini tidak selamanya kita boleh menongkak langit, sampai masa memandang bumi juga. Kalau benar adik beradik yang kontrol projek, kita tunggu dan lihat kesudahannya. Yang menuduhkah yang akan menerima musibah atau yang dituduh? Pastinya, kita cari kebenaran tanpa terlebih dahulu menuding jari.
Kalau begini sifat manusia yang sentiasa tidak berpuas hati, nampaknya kita tunggulah datangnya pemimpin yang hidupnya sebatang kara ataupun pemimpin yang tidak mengaku ada saudara sendiri kerana takut akan dituduh sebegini rupa.

Hazman Hashim said...

Perjuangan itu indah ?? perjuangan melalui permaidani merah dengan kemegahan, melalui kerusi empuk?? Ini tafsiran yang salah. Rujuk pedoman sebenar, ketahuilah perjuangan itu melalui jalan yang sukar. Kenapa nak tunggu kesudahannya, waktu itu baru nak nyesal. Ini lagi satu alasan tak betul. Sila semak kepada rujukan sebenar tentang tafsiran tersebut supaya tidak mengikut tafsiran sendiri yang kekadang terseleweng. Tq.

COWENG ANAK PILAH said...

Keindahan dalam perjuangan itu sebenarnya ditafsirkan setelah melalui pelbagai kesukaran dan apabila penghujungnya adalah kejayaan. Itulah yang dimaksudkan! Bukan indahnya dengan hamparan permaidani atau kerusi empuk!! Kalau indahnya sebegitu, akan jadilah apabila seseorang pemimpin diturunkan, maka dia tidak boleh terima hakikat dan seolah-olah mahu hingga akhir nyawa berada di kedudukan tertinggi.
Sebagai manusia yang ada imannya dan percaya kepada Allah yang satu, tidak ada istilah terlambat, pastinya yang menyesal itu nanti adalah golongan yang hatinya yang sudah berlumut dengan perasaan khianat.

Hazman Hashim said...

A'kum. Ya, kesukaran dan dugaan yang sebagaimana? Dan banyak pula contoh perjuangan terdahulu yang tidak kesampaian, maka apakah itu tidak indah? Saya masih mengharap sdr rujuk kepada istilah yang sebenar. Perhati kembali jawapan sdr terhadap lensapr "kalau benar......kita tunggu dan lihat. Sdr, tidak konsisten.
Tq.

COWENG ANAK PILAH said...

Waalaikumsalam saudara,

Perjuangan yang tidak kesampaian (yang berjuang membiarkan nafsu mengatasi akal), maksudnya `Perjuangan ini sebenarnya tidak indah'kerana hasilnya amat mengecewakan,Tetapi kaji pula kelemahan kenapa tidak mendapat `kejayaan'? Kalau betul langkahnya, elok perancangannya, kuat semangat, teguh kesabaran dan bersih niatnya, pasti akan berjaya akhirnya.Kalau mendapat kejayaan setelah berhempas pulas memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara sehingga dinikmati oleh anak cucu,makanya, `Perjuangan itu sebenarnya indah'. Tetapi bagi mereka yang benar2 berjuanglah dengan ikhlas. Itulah maksud sebenarnya saudara Hazman.
Mengenai jawapan kepada lensapr, kita yang bukan empunya diri, tidak mampu untuk membuktikan kebenarannya sejauh mana. Cuma Allah yang mengetahui buruk baiknya. Oleh itu, kita serahkan saja Allah mengadilinya. Untuk menuduh, memang mudah...apatah lagi kepada mereka2 yang pernah memperolehi jutaan projek dengan mudah, tetapi apabila beralih kepimpinan `umpan susah nak makan'.
Saya cuma melihat dari mata kasar sahaja, untuk memuaskan hati semua orang memang susah. Oleh itu, dari kita terus berbalah menuduh itu dan ini, sedangkan hakikat sebenarnya tidak kita ketahui (hanya cuma termakan hasutan orang yang tidak berpuas hati), adalah eloknya kita `tunggu dan lihat' kebenarannya. Itu adalah yang terbaik. Istilah sudah terlambat tidak perlu dipertikaikan, kerana percaturan Allah itu sudah termaktub, cuma dia menguji manusia itu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik di samping sentiasa berdoa dan bersyukur. InsyaAllah, jawapan kepada kebenaran tetap akan ada.
Wassalam

Hazman Hashim said...

T. Kasih, sebab itu saya cadangkan kpd saudara agar rujukan kita wajib kepada sumber sebenar, agar tafsiran tidak terseleweng. Sebagai contoh istilah "perjuangan", harus dirujuk kepada sirah Rasul SAW. Begitu juga dengan kata sdr. "kita tunggu kesudahannya" membawa pengertian menunggu keputusan, samada menang atau kalah - baik atau buruk, sangat tidak relevan, kerana sdr sendiri tidak yakin dengan apa yang sedang berlaku. Sebab itu kita harus yakin dengan perpegangan/prinsip perjuangan, dan tidak sebagai bertaqlid buta dalam politik, Saya tidak bermaksud untuk berbalah dengan saudara, dan jangan sdr anggap begitu, hanya sekadar berbicara dgn sdr.

Kesejahteraan untuk sdr.
Kunjungi blog PKR KP

poit said...

kau jangan meraban jang, jawab boto-boto, kok malu nanti, ado satu laie bloh umno ni haa http://KOPILAH.blogspot.com/ ni satu laie punyo bangang punyo blog, tak pulak bleh komen, bori pandangan, takuuut koh? kok takut dikomen, jangan cubo-cubo buek blog, kau tak baco ko fungsi blog tuh? Bacooo laaa, jangan jadi macam orang biul.

COWENG ANAK PILAH said...

Assalamualaikum poit...ko kalau marahkan nyamuk, jangan lak kelambu dibakar. Rasionallah sikit dalam berkata-kata, jangan terlalu ikut perasaan. Akal fikiran ada, guna dengan bijaksana. Apa-apa hal, ko rujuk tajuk den punya blog `Mencari Kebenaran'. Den tak nak menyebelahi sesiapa pun dan tidak berpihak di mana-mana. Den cuma insan pinggiran yang memandang dari jauh, tetapi tajam dari menilai hati dan perasaan.
Pasal blog den, terbuka untuk sesiapa yang menyuarakan sesuatu, baik ke buruk ke, den terima. Dalam membahaskannya, den cukup minat. Tapi niat den tak mahu berbalah, cuma sekadar menjadi gelanggang mengasah ketajaman minda dan membetulkan jika ada yang tersilap.
Wassalam.

poit said...

bilo lak maso eh den baka kemalmbu, den tak maghah doh, den meluat joh ket kopilah tu, tak di bagi eh bebincang, kau ni den respek jo skit,