Sunday, November 9, 2008

JIKA PEMIMPIN TAKUT DICABAR, BEGINILAH JADINYA…


Kalau nak diikutkan memanglah malu dengan tragedi yang berlaku semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban pada 9 November 2008 baru-baru ini. Apa tidaknya, orang melayu sesama sendiri bergaduh, sehingga ada yang lebam kena penumbuk dan cedera terkena hambatan kerusi. Dengar khabarnya, Ketua Bahagiannya Datuk Ishak Ismail nyaris-nyaris nak di tubing oleh salah seorang ahli UMNO yang naik berang. Tapi dibentengi oleh sekutu-sekutunya yang sanggup berkorban demi Ishak Ismail. Kalau tidak, tak tahulah…apa jadi????

Jelas, apabila suara akar umbi tidak mahu didengar dan mengikut kehendak sendiri, maka beginilah jadinya. Kehadiran ahli-ahli UMNO dalam mesyuarat yang diadakan bukanlah dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemah kudratnya untuk melawan, tapi majoriti mereka yang hadir ada kelayakan untuk digelar ahli `sumo’ dan `tinju’. Lebih hebat lagi yang boleh tampil sebagai `hero filem Tamil’ atau ala-ala group `Shaolin Soccer’. Pantang dicabar, libas melibaslah masing-masing.

Dalam kita membicarakan hal ini, ambillah iktibar daripada kejadian yang berlaku. Pastinya, ahli-ahli UMNO terutama di peringkat akar umbi bukannya seperti lembu yang dicucuk hidung, ikut sahaja kemana haluan tuannya. Masing-masing ada pandangan dan pendapat sendiri. Beri kesempatan untuk mereka menyuarakan dan meluahkan sesuatu untuk didengar oleh sekalian ahli-ahli. Kalau kita seorang ketua dan pemimpin yang berkaliber, seharusnya kita sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar suara-suara ahli samada pedih ataupun pahit.

Seperkara lagi, seseorang ketua itu tidak perlu gusar apabila kedudukannya cuba dicabar. Kalau kita yakin sepanjang kita jadi ketua, banyak kebaikan dan kejayaan yang telah kita lakukan, biarkan saja kalau mereka nak mencabar. Buat aje kerja seperti biasa, kerana Tuhan itu tahu. Sebagai ketua juga kita perlu sentiasa bersedia untuk memberi laluan kepada orang lain yang bersedia untuk memimpin. Jangan kita jadikan sesuatu jawatan yang disandang sebagai `jawatan sepanjang hayat’, sedangkan diri sudah semakin tidak menyerlah kepimpinan.

Belajar-belajarlah mensyukuri nikmat yang telah diberi Allah, jangan jadi tamak haluba sehingga menyekat peluang orang lain. Seharusnya, sebelum menceburi bidang politik, masing-masing sudah bersedia untuk menerima kenyataan sama ada dijatuhkan atau dijulang. Jangan kerana tamakkan kuasa, kita lupa matlamat sebenar perjuangan parti.

3 comments:

poit said...

SALAM COWENGKU, beginilah coweng, kau donga semalam ?? Apo udah belaku, bertumbuk, begadoh, macam mic dulu-dulu, yang ado gilo koso, yang mencabar plak tamak haloba, cisss, sumua eehh dah jadi an umno ni lubukk omeh. orang jujur dah tak ado tompek laie dalam umno, dah jadi barah. den dah tak pecayo laie, yang ateh-ateh tuh masihat ann yang bawah-bawah jangan main duit, tapi dio laiee bosa kojo eh.

COWENG ANAK PILAH said...

Ontahlah poit, poning kepalo den memikirkan pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang. Masing-masing ada agenda sendiri. Tapilah, apo yang coweng lihat, orang yang benar-benar berkebolehan dan ikhlas dalam perjuangannya, kebanyakan diam jer, tak derlah nak bising-bising nak jawatan tu dan nak jawatan ni. Seharusnya orang macam ini yang perlu dibawa ketengah kan poit.

GUA64 said...

Coweng... Apakala UMNO takut di tegur, dididik dan di beri pandangan. MAKA orang yg bijak pandai ini melihat UMNO bukan lagi parti untuk sebuah pegertian yg di panggil PERJUANGAN. Berhijrahlah mereka ke parti2 yg sering memberi ruang untuk berkongsi ilmu dan pandangan. Mereka sanggup di lucutkan jawatan dan di tarik kemewahan demi memperjuangkan yang HAQ. Tidak sanggup lagi melihat akan ada satu lagi kehancuran peradapan hanya terlalu berkiblatkan harta rasuah dan kuasa menindas. Walau pun di tekan kiri dan kanan, ini adalah kenikmatan perjuangan. Sudah menjadi tabiat UMNO sekarang, akan di bunuh Hang Nadim yg bijak demi menyelamatkan Singapura di langgar Todak.