Tengahari tadi Coweng berbual dengan kawan-kawan yang datang dari Kuala Lumpur. Banyak perkara yang dibualkan termasuklah mengenai kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
Agak terperanjat juga Coweng bila Menteri Besar Negeri Sembilan ini mendapat pujian daripada kawan-kawan Coweng, malah meletakkannya senarai tertinggi dalam barisan kepimpinan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri lain.
Katanya, Mohamad Hasan ni punya potensi tinggi untuk berjaya, apatah lagi dengan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada dirinya, terutama beliau seorang yang bijak dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negeri ini.
Pesan kawan Coweng, Menteri Besar ni, perlu tampil kehadapan dengan gaya kepimpinannya yang tersendiri, agar semua orang tersentak bahawa beliau merupakan ikon negara yang benar-benar boleh diharapkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Tapi, mampukah Mohamad Hasan melakukannya? Kata kawan Coweng lagi, politik masa kini susah untuk dinilai tahap ketelusannya. Selalunya orang-orang yang ikhlas, amanah dan bertanggungjawab di dalam memimpin sering disalah ertikan kepimpinannya dan mulalah ada pihak-pihak yang cuba untuk saling mahu jatuh menjatuhkan.
Coweng juga beranggapan yang sama , kerana bila diimbas kembalilah sepanjang sepenggal lalu Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar, banyak sangat sifat-sifat iri hati dan ketidakpuasan yang ditunjukkan oleh segelintir mereka yang cuba untuk mencabar kesabaran Menteri Besar ini.
Tapi, berbeza bila masuk penggal kedua kepimpinan beliau. Rata-rata, pihak pembangkang sendiri menghormati dirinya yang pandai menguruskan pentadbiran negeri dengan bijak dan bertanggungjawab. Kalau tidak puas hati pun cuma perkara-perkara remeh temeh yang mempunyai agenda untuk mencari sokongan politik.
Macam mana yer! nak menghapuskan sifat-sifat sentiasa tidak berpuas hati segelintir mereka kepada Mohamad Hasan ni? Kalau dicari puncanya, memang dah sedia maklumlah, marah kerana tak dapat kawasan balak, projek tak diluluskan, permohonan lesen pasir di tolak, diri tidak tersenarai sebagai calon dan berbagai-bagai lagi. Mereka akan menyokong kalau semua permintaan diluluskan tanpa banyak soal.
Harap-harap Mohamad Hasan ni banyak-banyaklah bersabar dengan saingan hebat pihak lawan ni yang cuba untuk menjatuhkannya. Setiap gerak gerinya diperincikan sehalus-halusnya untuk pihak lawan mencari kelemahannya.
Tapi Coweng percaya….Mohamad Hasan ni punya kekentalan hati yang bersedia dicabar dan ditentang. Coweng teringat kata-katanya kepada pelajar-pelajar universiti, `Saya hidup ni melalui banyak kesusahan dahulu….tapi berkat usaha, kegigihan dan kesabaran yang berpandukan kata nasihat emak, saya berjaya’.
Semoga akan ada anak Negeri Sembilan yang menduduki tempat tertinggi dalam barisan kabinet.. Alhamdulillah……..
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Memang Tok Mat lain dari yang lain dan wajar di sokong . Dulu Tok Isa di topple apabila dah berada diatas dan tak kan kita mahu ia berulang lagi. Jangan ada pemimpin negeri yang tak sokong Tok Mat atau sengaja nak buat Tok mat tak berjaya di NPU . Jangan utamakan kepentingan peribadi , kepentingan negeri kita lebih utama . PP sentiasa sokong Tok Mat samaada Tok Mat atau tidak PP .
PP...kata orang, yang lama kita hormati dan yang jadi ketua pula, kita mesti patuhi. Mungkin cara dan tindakan berbeza, tetapi masing-masing ada pendapatnya yang tersendiri.
Bagaimanapunlah PP, coweng nak bertanya...betulkah kata orang, dalam politik ni orang yang telus, ikhlas dan jujur sering menjadi sasaran oleh mereka-mereka yang ada kepentingan sendiri untuk menjatuhkannya? Makanya, sukar untuk seseorang itu bertahan lama dalam politiknya, kerana ada komplot untuk menyingkirkanya.
Post a Comment