Friday, July 25, 2008

APABILA DATO’ SHAZIMAN DITENTANG DATO’ KAMIL

Aduhai, dalam kemelut negara sekarang ni, apalah sangat nak dikejar jawatan kalau dah pasti kita tak mampu nak memeluk gunung. Kalau kita sedar, pemeluk kita cuma mampu untuk memeluk anak pokok getah. Elok-eloklah, jangan diduga laut yang dalam, kalau kail cuma panjang sejengkal. Menghabiskan masa jer. Lebih baik tumpukan kepada perkara-perkara yang lebih mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Buat apa kita nak ke sana ke mari melaung-laungkan keburukan orang lain, sedangkan diri kita sendiri dikelilingi dengan permasalahan yang masih belum mampu diselesaikan lagi. Apa agenda sebenarnya ni? Nak saling jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Sepatutnya gunakan sebaik-baiknya kesempatan yang ada semasa sebaris dalam kepimpinan untuk saling bantu membantu dan kuatkan kembali keyakinan masyarakat terhadap UMNO. Jangan dicalar balarkan dengan sikap rakus untuk mengejar jawatan. Apa faedahnya?

Kembalikan kejernihan di dalam membela nasib rakyat. Sudah…sudahlah tu berbalah sesama sendiri, tiada siapa yang untung, pastinya rugi pada diri sendiri adalah.

Berbalik kepada Dato’ Kamil…Kenapa nak bertanding Naib Ketua, tak mahu bertanding Timbalan? Ehem…mungkin ada perasaan yang tersirat. Daripada cakap-cakap orang, Dato’ Kamil, ingin menyedarkan Dato’ Shaziman yang dikatakan sombong. Talipon tak mahu jawap dan menjawap panggilan memilih pangkat. Kalau sekadar Ketua Kampung, dikatakan tak layak membuat panggilan kepadanya. Sejauh mana kebenaran ini YB. Dato’ Kamil? Perincikan dulu kenyataan ini, jangan disebabkan nyamuk seekor, kelambu pula yang dibakar. Jangan terus menuding jari hanya cuma mendengar seorang dua sahaja yang berkata begitu, sedangkan hakikatnya tidak. Kita kalau nak puas hati semua orang memang susah, sebaik manapun kita buat, ada saja yang tidak kena. Jangan disebabkan marah dan dendam, terpalit dosa yang perlukan kemaafan daripada empunya diri.

Apakah sebenarnya, gelodak yang sedang bergoncang di lubuk hati YB. Dato’ Kamil ni. Apakah dia mewakili Dato’ Jamlus dan Dato’ Waad yang ada pertalian darah dengannya untuk menjatuhkan YB. Dato’ Shaziman? Atau apakah dia merasa tercabar kerana YB. Dato’ Shaziman tidak menyokongnya untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri yang kini disandang oleh YB. Zainab Nasir? Makanya, peluang kini diambilnya untuk menjatuhkan Dato’ Shaziman sedangkan dia sendiri tahu dirinya tidak mungkin menang, tetapi cukup sekadar hatinya puas untuk melontarkan segala perasaan yang terbuku di hatinya.

Hakikatnya, YB. Dato’ Shaziman, jangan dipandang ringan cabaran ini, jangan menganggap Dato’ Kamil mungkin kecundang sudah menyakinkan untuk beliau terus menerajui kepimpinan UMNO di Bahagian Tampin. Ambil cabaran itu dari sudut positif sebagai memperbaiki kelemahan-kelemahan yang disenaraikan oleh pihak lawan. Jika ada yang tersenarai perbaikilah dan lakarlah sejarah baru di dalam menyakinkan kembali rakyat kepada UMNO. Kematangan dalam bertindak adalah sikap yang paling dihormati dan nescaya diri akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

1 comment:

PP said...

Minta coweng datang Tampin atau baca Tampin Oh Tampin di blog - tpns@blogspot.com untuk mengetahui kisah Shaziman dan Kamil .