Friday, July 25, 2008

YB. DATO’ ROSLAN DAN DATUK ROSLAN

Selaku anak kelahiran Kuala Pilah ni, coweng terpanggil nak menulis sikit mengenai dua insan yang bernama Roslan ni. Dari sebutan gelarannya sama, tapi bezanya cuma gelaran salah seorang Roslan ada ‘Yang Berhormat’ dipangkalnya.

Walau apapun, pentingnya yang coweng nak story kat sini ialah dari bisik-bisik ada menyatakan Datuk Roslan Darus nak bertanding jawatan yang disandang oleh YB. Dato’ Roslan sekarang ni menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah.

Kalau benarlah! ini satu pertandingan yang silap-silap hari bulan bak kata pantun ni:

Hendak memancing ikan puyu
Termakan umpan ikan gelama
Kalau jawatan hendak diburu
Strategi nama perkara utama

Ehem..daripada intai-intai coweng, perkara ni, boleh dipandang serius juga. Tapi tak tahulah kalau pada kertas undian tu nanti ada terpapar gambar calon-calon. Tapi kalau tertera YB di pangkal nama tu, kira boleh selamatlah Dato’ Roslan.

Kita serah kepada Allah SWT ajelah dalam menentukan segalanya. Tapi, usaha kena ada juga yer…jangan dipandang ringan perkara ni.

Nampaknya, YB. Dato’ Roslan kena banyak-banyak berdoa semoga kemenangan berada dipihaknya. Tapi kalau dah ditentukan, kemenangan pada pihak seorang lagi, redha sahajalah kerana itulah qada dan qadar Allah SWT. Hidup ini, kalau tak ada cabaran dan persaingan, orang hanya akan ambil mudah sahaja sesuatu perkara yang berlaku. Oleh itu, sahutlah setiap apa juga cabaran yang datang, anggap itu satu perjuangan yang tidak mempunyai agenda jahat di sebaliknya. Beri ruang dan peluang, kerana setiap manusia ini mempunyai kebebasan tersendiri. Selagi dibataskan, selagi itulah mereka bermain dan memendam emosi yang memakan di dalam.

APABILA DATO’ SHAZIMAN DITENTANG DATO’ KAMIL

Aduhai, dalam kemelut negara sekarang ni, apalah sangat nak dikejar jawatan kalau dah pasti kita tak mampu nak memeluk gunung. Kalau kita sedar, pemeluk kita cuma mampu untuk memeluk anak pokok getah. Elok-eloklah, jangan diduga laut yang dalam, kalau kail cuma panjang sejengkal. Menghabiskan masa jer. Lebih baik tumpukan kepada perkara-perkara yang lebih mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Buat apa kita nak ke sana ke mari melaung-laungkan keburukan orang lain, sedangkan diri kita sendiri dikelilingi dengan permasalahan yang masih belum mampu diselesaikan lagi. Apa agenda sebenarnya ni? Nak saling jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Sepatutnya gunakan sebaik-baiknya kesempatan yang ada semasa sebaris dalam kepimpinan untuk saling bantu membantu dan kuatkan kembali keyakinan masyarakat terhadap UMNO. Jangan dicalar balarkan dengan sikap rakus untuk mengejar jawatan. Apa faedahnya?

Kembalikan kejernihan di dalam membela nasib rakyat. Sudah…sudahlah tu berbalah sesama sendiri, tiada siapa yang untung, pastinya rugi pada diri sendiri adalah.

Berbalik kepada Dato’ Kamil…Kenapa nak bertanding Naib Ketua, tak mahu bertanding Timbalan? Ehem…mungkin ada perasaan yang tersirat. Daripada cakap-cakap orang, Dato’ Kamil, ingin menyedarkan Dato’ Shaziman yang dikatakan sombong. Talipon tak mahu jawap dan menjawap panggilan memilih pangkat. Kalau sekadar Ketua Kampung, dikatakan tak layak membuat panggilan kepadanya. Sejauh mana kebenaran ini YB. Dato’ Kamil? Perincikan dulu kenyataan ini, jangan disebabkan nyamuk seekor, kelambu pula yang dibakar. Jangan terus menuding jari hanya cuma mendengar seorang dua sahaja yang berkata begitu, sedangkan hakikatnya tidak. Kita kalau nak puas hati semua orang memang susah, sebaik manapun kita buat, ada saja yang tidak kena. Jangan disebabkan marah dan dendam, terpalit dosa yang perlukan kemaafan daripada empunya diri.

Apakah sebenarnya, gelodak yang sedang bergoncang di lubuk hati YB. Dato’ Kamil ni. Apakah dia mewakili Dato’ Jamlus dan Dato’ Waad yang ada pertalian darah dengannya untuk menjatuhkan YB. Dato’ Shaziman? Atau apakah dia merasa tercabar kerana YB. Dato’ Shaziman tidak menyokongnya untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri yang kini disandang oleh YB. Zainab Nasir? Makanya, peluang kini diambilnya untuk menjatuhkan Dato’ Shaziman sedangkan dia sendiri tahu dirinya tidak mungkin menang, tetapi cukup sekadar hatinya puas untuk melontarkan segala perasaan yang terbuku di hatinya.

Hakikatnya, YB. Dato’ Shaziman, jangan dipandang ringan cabaran ini, jangan menganggap Dato’ Kamil mungkin kecundang sudah menyakinkan untuk beliau terus menerajui kepimpinan UMNO di Bahagian Tampin. Ambil cabaran itu dari sudut positif sebagai memperbaiki kelemahan-kelemahan yang disenaraikan oleh pihak lawan. Jika ada yang tersenarai perbaikilah dan lakarlah sejarah baru di dalam menyakinkan kembali rakyat kepada UMNO. Kematangan dalam bertindak adalah sikap yang paling dihormati dan nescaya diri akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

Monday, July 14, 2008

MOHAMAD HASAN DAN CABARANNYA

Tengahari tadi Coweng berbual dengan kawan-kawan yang datang dari Kuala Lumpur. Banyak perkara yang dibualkan termasuklah mengenai kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Agak terperanjat juga Coweng bila Menteri Besar Negeri Sembilan ini mendapat pujian daripada kawan-kawan Coweng, malah meletakkannya senarai tertinggi dalam barisan kepimpinan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri lain.

Katanya, Mohamad Hasan ni punya potensi tinggi untuk berjaya, apatah lagi dengan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada dirinya, terutama beliau seorang yang bijak dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negeri ini.

Pesan kawan Coweng, Menteri Besar ni, perlu tampil kehadapan dengan gaya kepimpinannya yang tersendiri, agar semua orang tersentak bahawa beliau merupakan ikon negara yang benar-benar boleh diharapkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Tapi, mampukah Mohamad Hasan melakukannya? Kata kawan Coweng lagi, politik masa kini susah untuk dinilai tahap ketelusannya. Selalunya orang-orang yang ikhlas, amanah dan bertanggungjawab di dalam memimpin sering disalah ertikan kepimpinannya dan mulalah ada pihak-pihak yang cuba untuk saling mahu jatuh menjatuhkan.

Coweng juga beranggapan yang sama , kerana bila diimbas kembalilah sepanjang sepenggal lalu Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar, banyak sangat sifat-sifat iri hati dan ketidakpuasan yang ditunjukkan oleh segelintir mereka yang cuba untuk mencabar kesabaran Menteri Besar ini.

Tapi, berbeza bila masuk penggal kedua kepimpinan beliau. Rata-rata, pihak pembangkang sendiri menghormati dirinya yang pandai menguruskan pentadbiran negeri dengan bijak dan bertanggungjawab. Kalau tidak puas hati pun cuma perkara-perkara remeh temeh yang mempunyai agenda untuk mencari sokongan politik.

Macam mana yer! nak menghapuskan sifat-sifat sentiasa tidak berpuas hati segelintir mereka kepada Mohamad Hasan ni? Kalau dicari puncanya, memang dah sedia maklumlah, marah kerana tak dapat kawasan balak, projek tak diluluskan, permohonan lesen pasir di tolak, diri tidak tersenarai sebagai calon dan berbagai-bagai lagi. Mereka akan menyokong kalau semua permintaan diluluskan tanpa banyak soal.

Harap-harap Mohamad Hasan ni banyak-banyaklah bersabar dengan saingan hebat pihak lawan ni yang cuba untuk menjatuhkannya. Setiap gerak gerinya diperincikan sehalus-halusnya untuk pihak lawan mencari kelemahannya.

Tapi Coweng percaya….Mohamad Hasan ni punya kekentalan hati yang bersedia dicabar dan ditentang. Coweng teringat kata-katanya kepada pelajar-pelajar universiti, `Saya hidup ni melalui banyak kesusahan dahulu….tapi berkat usaha, kegigihan dan kesabaran yang berpandukan kata nasihat emak, saya berjaya’.

Semoga akan ada anak Negeri Sembilan yang menduduki tempat tertinggi dalam barisan kabinet.. Alhamdulillah……..